Monday 26 June 2017

Apa itu Arduino



Arduino Uno R3


    Arduino adalah sejenis litar elektronik yang dimana komponen utamanya adalah "MICROCONTROLLER"  atau sejenis IC yang boleh diprogramkan untuk melakukan tugusan yang mengikut arahan dalam kod semasa diprogramkan. Arduino juga mempunyai keistimewaan kerana ia satu litar kecil canggih semasa keluarannya. Ia litar yang sumbernya terbuka memudahkan kerja atau projek yang ingin dibuat. Untuk menggunakan litar ini, perlulah terlebih dahulu mempunya software Arduino. Ianya boleh dimuaturun di link https://www.arduino.cc/en/Main/Software.



Ini ialah antaramuka bagi software Arduino atau juga disebu Arduino Interface.


Ini rajah bagi penerangan setiap pin pada Arduino.


Sumber kuasa yang sesuai bagi Arduino ialah 5V-12V sahaja. 9V sangat sesuai dengan komponen-komponennya. Sumber kuasa yang melebihi 12V akan mengakibatkan Arduino rosak. Sumber boleh disambung pada Power jack atau USB jack atau pada Arduino Pin Vin. Arduino Uno R3 terdapat 6 Pin Pulse Width Modulation (PWM) yang boleh mengawal kelajuan pada motor. Pin serial out (TX) dan serial in (RX) pula untuk sambungan penghubungan seperti Bluetooth Module. Tetapi sambungan perhubungan boleh digunakan dimana-mana pin digital mengikut kehendak sendiri. Terdapat 12 pin digital untuk sambungan kepada komponen-komponen digital. Komponen digital bermaksud komponen output yang dikawal oleh sistem Arduino. Selain itu, 6 pin analog yang sesuai disambung kepada input yang perlu dikawal oleh sistem Arduino atau kita sendiri yang mengawalnya. Terdapat juga 3 pin Groung, 1 pin Vcc +5V dan 1 pin 3.3V. Arduino Mega pula mempunyai lebih bilangan pin digital untuk kegunaan yang lebih maju.

Gambar berserta label pada Arduino Uno R3.





SELAMAT MEMBACA !

No comments:

Post a Comment